TESTIMONI 01

 

" Felisa Cosmetic! Saya amat berbangga dengannya, seperti yang tertera di sebalik mottonya "Seni Kecantikan Asli". Sebelum menggunakan produk Felisa Cosmetic, saya tiada keyakinan pada diri saya sendiri kerana malu dengan wajah yang penuh dengan jerawat. Saya bekerja sebagai promoter dan amat memalukan apabila para pelanggan saya pula yang memberi khidmat nasihat tentang penjagaan kulit wajah.

Seorang rakan karib menyarankan saya agar menggunakan produk Felisa Cosmetic. Akhirnya, saya pergi ke Salun Kecantikan Felisa Cosmetic yang terletak di Larkin Perdana. Saya dinasihatkan untuk menggunakan Opaque Soap, Cleansing Cream, SF Lotion, Natural B Foundation dan Facial Mask with Bleach and Scrub.

Alhamdulillah, wajah saya semakin pulih setelah menggunakan rangkaian produk Felisa Cosmetic. Setelah jerawat kering, ia meninggalkan bekas hitam dan parut jerawat. Saya meneruskan rawatan dengan membuat "facial treatment" dua kali sebulan. Kemudian, saya menggunakan Opaque Soap, Cleansing Cream, SF Lotion, GP Lotion, GP Night Cream dan juga Natural B Foundation untuk kelihatan lebih cerah. Kini setelah dua tahun, saya masih menggunakan produk Felisa Cosmetic dan lihat perubahannya, sungguh ketara!

Saya lebih berbangga dengan kulit wajah saya sekarang dan juga berbangga dengan Felisa Cosmetic. Cubalah! "

- Norhayati -

 

TESTIMONI 02

 

" Apabila menyelak kembali album peribadi, saya tersenyum sendiri mengingatkan kembali masa yang lalu. Saya terkenangkan satumasa di mana saya hidup dalam keadaan tertekan dan tidak bermaya untuk tersenyum seperti hari ini. Setiap kali melihat cermin, saya rasa malu dan langsung tidak mahu keluar menghabiskan masa lapang saya bersama kawan-kawan kerana saya risau akan dihujani dengan pertanyaan tentang wajah saya yang penuh dengan jerawat dan bintik hitam.

Walaubagaimanapun, semuanya berubah apabila berjumpa dengan seorang rakan. Beliau telah memperkenalkan saya pada produk Felisa Cosmetic. Pada awalnya, sukar untuk saya percaya setelah sekian lama mengalami masalah ini. Tetapi, benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Selepas menggunakan set lengkap untuk kulit berjerawat iaitu Facial Cleansing Foam, Cleansing Cream, SF Lotion, GP Lotion, Sunblock Natural dan Foundation, saya terkejut melihat perubahan kulit wajah saya. Sebelum ini tidak pernah saya terfikir yang masalah saya akan selesai. Jika saya tahu Felisa Cosmetic benar-benar berkesan, tentu dari awal lagi saya sudah menggunakannya.

Terima kasih Felisa Cosmetic! "

- Puan Ayu Mohammad -

 

 

Copyright © 2009 Felisa Cosmetic Sdn Bhd
All rights reserved.